Sunday, September 30, 2012

Mencari Tuhanku: Baiki Iman

Ramadhan yang lalu, banyak persoalan tentang agama timbul dalam otak.

"Layak kah aku? Atau cuma yang bertudung labuh layak?"

"Dosa-dosa lalu boleh kah diampun?"

"Mencintai kerana Allah tu macam mana caranya?"

"Cinta atau takut kepada-Nya?"

Mujur, kawan lama ada ilmu lebih, tidak lah jahil macam diri ini. Lalu ku tanya pada dia soalan-soalan itu. Dijawabnya,

"Berubah dahulu. Cuba cara hidup yang lebih baik. Siapa tahu, cinta datang sendiri. Pabila ikhlas, cinta Allah pasti tiba, dan cinta dari Dia yang Esa yang harus kita dambakan."

Hmm. Sentap sejenak. Bukan apa. Cuma, apa cara hidupku sekarang jahat sangat? 

"Bukan macam tu. Aku kata 'LEBIH BAIK'. Maksud, upgrade. Maksud, anjakan paradigma. Mengerti?"

Ya. Mengerti. 

Persoalannya, bagaimana hendak mula mencuba cara baru itu? 

Persoalannya, mampukah aku bertahan hidup cara baru? 

Persoalannya, cara baru itu apa? 

Pakai jubah hitam atas sampai bawah? Masuk pondok belajar kitab? Berhenti pakai seluar?

Apa?

Lalu otak mula ligat berfikir. 

Tidak. Memang tidak sanggup aku menghadap-Nya dalam keadaan jahil dan hina. Arwah abah mengajarku erti hidup yang lebih bermakna daripada yang sia-sia dan leka. 

Paling kurang, aku membuat keputusan, harus mula ikhlaskan ibadah. 

Solat harus dikerjakan kerana keredhaan bukan kerana membuta takut kepada-Nya. 

Senyum selalu - ibadah juga. 

Hari berlalu, hati mula tenang. Kurang menangis. Kurang emosi jahat. (tapi sekarang di Shah Alam, susah tak beremosi jahat ni. God, please!)

Mungkin ini yang dibicarakan si kawan. 
Tergerak hati mahu mengubah cara berpakaian.
Mula dari hijab di kepala dilabuhkan.
Menjaga diri dari pandangan 'syaitan'.

Ku khabarkan pada dia. 
Doakan perubahan ini berkekalan. 
Walau di mana jua jasad ku ini berada. 
Moga sentiasa dalam keberkatan iman.

Amin, Ya Rabb, peliharalah iman ini sehingga akhir hayatku.



2 cupcakes:

Reika said...

a little step towards mardhatillah~
keikhlasan mencari cinta Allah akn sedikit sbyk mmbuatkn diri kita lebih hmpir dan taat kpd-NYA.
be strong, we are indeed a struggling muslimah
=)

jannahMDISA said...

BAIKLAH! TERIMA KASIH! :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...