Tuesday, July 30, 2013
LOL Random
Gosh. I'm down with fever. Dehydrated and whatnot.
Went to the clinic and the Doctor wez like, yo girl, you drink water a lot or not? And I wez like, water is my bestie, NOT. Grr. I hate drinking up gallons of water just because. Dahlah nanti asyik rasa nak terkencing segala bala. AND I am literally a lazy bum. I mean, my bum refuses to get up and move its way to le toilet. Jadinya, malas minum air sebab tak mau pi toilet sebab malas nak bangun.
And the price I have to pay...
Cold feet, hot body, nauseous whatever, sakit pinggang, urine the color of root beer and many other details you might not wanna know.
And the doctor was preaching about the importance of hydrating body especially during Ramadhan yada this yada that. In my mind, I was thinking about pillows and roses and moolah and makeup stuff and that annoying pimple on the doctor's face yada this yada that.
And I miss that boy. Entah apo dibueknyo. Jauh bonar dari aden. Lambek lagi nak jumpo. Haih.
I dont know what else. I know I am nervous about my engagement in just about 19 days. Like hell wuttt. Am I ready or not. Dengan kecantikan diri tak terjaga hapa bala.
That's all. Whatever happened to me the past few days.
Shall write about my e-day preparation (kononnnnnn) next time (if I am feeling soooo rajins lah).
ps: I have no idea why I wrote all these.
Tuesday, June 11, 2013
S.O.S.
they are everywhere.
the more you deny the more they become real.
until you don't know which one is which one.
leaving love behind.
sanity handicapped.
hope crippled.
soul alone.
Monday, May 20, 2013
Monday, May 13, 2013
Surat Untuk Sang Bintang
source: tumblr |
Hai.
Saya rindu awak.
Sang Bintang.
Beribu tapi cuma satu.
Kala gelap mata, hati tak nampak,
Tak apa. Tak takut. Awak pimpin, sama menapak.
Kala jiwa berbelit celaru,
Tak apa. Tak gila. Awak rungkai tiap satu.
Kala dunia busuk tahi,
Tak apa. Tak muntah. Ikhlas awak itu lebih wangi.
Kalau hidup menghukum neraka.
Tak apa. Tak merana. Ada awak bina syurga kita.
Tapi kalau awak mencemuh menjauh,
Hati saya luluh. Waras saya jatuh. Dunia saya runtuh.
Jadi, tolong.
Tolong jangan putus asa.
Tahu saya terkadang gila tak tentu masa.
Tapi saya yakin awak hantaran Dia untuk jaga saya sampai syurga.
Wahai Sang Bintang, perkara terindah dalam dunia.
maafkan cela cela saya.
Tuesday, April 30, 2013
Pendidik Pembentuk Masa Hadapan (katanyahhhh)
source: Google |
Cerita sebelum bergelar "guru":
Apa bendanya kau nak jadi guru wahai anakku? Kau tu bakal bergelar mahasisiwi. Ada ijazah segala. Apahal cuma nak jadi guru?
Mama. Tahukah menjadi guru itu perkara mulia di sisi agama? Tahu? Apa dipandang duit menjadi pensyarah tu? Saya nak jadi guru. Nak jadi agen pembentuk masa hadapan negara. Anak anak muda itu harus disedarkan. Oleh siapa? Pendidik lah. Saya lah. Saya nak jadi guru.
Cerita semasa bergelar "guru" (walau hanya sementara):
Ptuiiiiihhhhhhh! Tekanan! Tekanan! Tekanan! Persetankan dogma nak ubah dunia melalui pendidikan. Budak tak mahu belajar. Dinasihati tapi tak diendahnya. Guru bukan hanya mengajar itu memang. Tapi bila guru lebih tidak mengajar berbanding hanya mengajar itu bagaimana pula? Alahai lahai lahai.
Jadi lah guru anakku. Kan senang. Kau balik pukul 2 petang. Duduk rumah kau jaga suami anak segala. Duit ada. Keluarga rumahtangga segala terjaga. Apa lagi kau nak?
Saya tak nak jadi guru. Saya tak tahu nak jadi apa. Benci lah jadi guru. Hendak mendidik yang tak hendak dididik. Sistem menekan. Guru tertekan. Celah mana membentuk masa hadapan negara kalau asyik kejar gelaran "sekolah berprestasi tinggi" "kluster" dan segala tahi lain yang tiada kena mengena dengan mendidik nilai-nilai kehidupan.
Amekkau hujah putus asa.
Aduhai semangat.
***
Jadi, kini saya seorang guru. Guru Bahasa Inggeris. Mengajar pelajar tingkatan 4 di kawasan urban kota raya dugaan bertimba. Pokok pangkalnya; menjadi guru itu perkara paling susah dalam dunia. Melampau nyahhh pernyataan itu. Tapi begitulah senario nya meski sering dipandang enteng oleh masyarakat setempat. Pasrah. notakaki: maaf entri ini penuh hamburan nista.
notakakilagi: sengaja tulis penuh Bahasa Melayu. elak fitnah Bahasa Inggeris padam jati diri bangsa Melayu.
Titik Perubahan
Tiap yang bernama manusia itu pasti berubah.
Pasti.
Cuma tinggal baik atau buruk.
Cuma tinggal maju atau mundur.
Cuma tinggal pilih.
Jadi dipilih perubahan baik maju ke hadapan.
Hanya kerana lumrahnya yang bernama manusia itu cuma idam yang terbaik.
Tapi usaha merubah
bukan sesuatu yang mudah.
Namun hasilnya tentu lebih indah.
Lebih susah lebih indah.
***
{3313}
"Mari bersama saya. Maju membina yang lebih indah" katanya.
Lalu difikir-fikirkan. Tentang di mana diri ini dari titik ini.
Kebebasan apa lagi.
Kegembiraan apa lagi.
Jika di akhir hari masih diselubungi ketidakpastian.
Jika di akhir hari masih hati kesunyian.
Lalu ditenung-tenungkan matanya. Mana tahu ternampak niat hatinya.
"Pasti?"
"Pasti."
"Benar mahu?"
"Benar."
"Mengapa?"
"Tepat segala-galanya."
Dan keyakinannya itu berjangkit ke hati ini.
"Yang baik itu pasti ditolong Yang Maha Esa," katanya.
Apa perlu risau.
Apa perlu ragu.
Yakin.
Pasti.
"Marilah."
***
Dan dari titik ini diharapkan kita berdua bersama ke pintu syurga itu.
Amin.
source: flickr |
Wednesday, January 30, 2013
For You
The random person I met along the road that I travel;
Deep impact you had left in me
Addicted with your presence
Dreamed of our words as
the unexpected connection sparked
And now that the moment must end
I do not know where to dwell
I have no heart to move on
because we had been together so well
source: Google |
So Please
So Please
So Please
Let's walk together.
Subscribe to:
Posts (Atom)