Suatu ketika dahulu,
Bicara manis disulam janji padu,
Rindu menusuk tika jauh berbatu,
Kata kau "dongak atas, bulan itu aku".
Jiwa remaja tiada wasangka,
Percaya diletak pada yang ku sangka cinta,
Rupanya pada mu sementara cuma,
Hingga dibiar aku sendiri mengutip sisa rasa.
Kerana masih percaya, masih gagah,
Ku cuba lupa makian walau hati punah,
Kerana masih sayang, masih merah,
Ku cuba lupa amarah, walau luka tetap berdarah.
Tiap kali mata terpandang,
Hati menangis, kecewa mendatang,
Harapan ku pada mu kian menghilang,
Namun, tidak akan mungkin hilang sayang.
Tak apa lah.
Kau mahu berjaya.
Eh. Jenaka apa.
Kau sudah pun berjaya.
Dan pada setiap masa kau di atas sana
Aku kau biar jatuh ke bawah sendiri, tak apa.
Masih ada sang awan yang sudi mengangkat aku ke syurga.
Selamat tinggal, bulan.
Selamat tinggal, kenangan.
Selamat tinggal, harapan.
Hatiku sudah terkilan.
Source: glogster |
0 cupcakes:
Post a Comment