Tuesday, November 27, 2012
Susah Menyusahkan
Wah seronok kau ketawa.
Pasti hati kau mati.
Mungkin buta.
Maka kerana itu tidak ternampak
apa lagi merasa
akan susah orang kerana susah kau.
Eh ketawa lagi.
Jika diturut marah
sudah lama muka kau ke tanah.
Ketawa tak henti
hingga telinga kau jadi tuli
suara orang kau susahkan tak dipeduli.
Ish makin kuat ketawa!
Tanduk makin naik.
Bodoh.
Sudah lah susah tambah menyusahkan.
Jangan pula sampai nanti semua pergi
biar kau sorang menyusahkan sendiri.
Akai ada?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cupcakes:
Post a Comment