Tuesday, April 30, 2013

Pendidik Pembentuk Masa Hadapan (katanyahhhh)




source: Google



Cerita sebelum bergelar "guru":

Apa bendanya kau nak jadi guru wahai anakku? Kau tu bakal bergelar mahasisiwi. Ada ijazah segala. Apahal cuma nak jadi guru?

Mama. Tahukah menjadi guru itu perkara mulia di sisi agama? Tahu? Apa dipandang duit menjadi pensyarah tu? Saya nak jadi guru. Nak jadi agen pembentuk masa hadapan negara. Anak anak muda itu harus disedarkan. Oleh siapa? Pendidik lah. Saya lah. Saya nak jadi guru. 

Cerita semasa bergelar "guru" (walau hanya sementara):

Ptuiiiiihhhhhhh! Tekanan! Tekanan! Tekanan! Persetankan dogma nak ubah dunia melalui pendidikan. Budak tak mahu belajar. Dinasihati tapi tak diendahnya. Guru bukan hanya mengajar itu memang. Tapi bila guru lebih tidak mengajar berbanding hanya mengajar itu bagaimana pula? Alahai lahai lahai. 

Jadi lah guru anakku. Kan senang. Kau balik pukul 2 petang. Duduk rumah kau jaga suami anak segala. Duit ada. Keluarga rumahtangga segala terjaga. Apa lagi kau nak?

Saya tak nak jadi guru. Saya tak tahu nak jadi apa. Benci lah jadi guru. Hendak mendidik yang tak hendak dididik. Sistem menekan. Guru tertekan. Celah mana membentuk masa hadapan negara kalau asyik kejar gelaran "sekolah berprestasi tinggi" "kluster" dan segala tahi lain yang tiada kena mengena dengan mendidik nilai-nilai kehidupan. 

Amekkau hujah putus asa.

Aduhai semangat.


***
Jadi, kini saya seorang guru. Guru Bahasa Inggeris. Mengajar pelajar tingkatan 4 di kawasan urban kota raya dugaan bertimba. Pokok pangkalnya; menjadi guru itu perkara paling susah dalam dunia. Melampau nyahhh pernyataan itu. Tapi begitulah senario nya meski sering dipandang enteng oleh masyarakat setempat. Pasrah. 



notakaki: maaf entri ini penuh hamburan nista. 

notakakilagi: sengaja tulis penuh Bahasa Melayu. elak fitnah Bahasa Inggeris padam jati diri bangsa Melayu.


Titik Perubahan




Tiap yang bernama manusia itu pasti berubah.


Pasti.


Cuma tinggal baik atau buruk.

Cuma tinggal maju atau mundur.

Cuma tinggal pilih.


Jadi dipilih perubahan baik maju ke hadapan.

Hanya kerana lumrahnya yang bernama manusia itu cuma idam yang terbaik.


Tapi usaha merubah

bukan sesuatu yang mudah.

Namun hasilnya tentu lebih indah.

Lebih susah lebih indah.


***



{3313}


"Mari bersama saya. Maju membina yang lebih indah" katanya.


Lalu difikir-fikirkan. Tentang di mana diri ini dari titik ini.


Kebebasan apa lagi.

Kegembiraan apa lagi.

Jika di akhir hari masih diselubungi ketidakpastian.

Jika di akhir hari masih hati kesunyian.


Lalu ditenung-tenungkan matanya. Mana tahu ternampak niat hatinya.



"Pasti?"

"Pasti."

"Benar mahu?"

"Benar."

"Mengapa?"

"Tepat segala-galanya."


Dan keyakinannya itu berjangkit ke hati ini.

"Yang baik itu pasti ditolong Yang Maha Esa," katanya.

Apa perlu risau.

Apa perlu ragu.

Yakin.

Pasti.


"Marilah."


***


Dan dari titik ini diharapkan kita berdua bersama ke pintu syurga itu.


Amin.




source: flickr



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...