Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Rindu Terbuku


Sudah ku beri amaran 
Jangan main soal perasaan 
Jika tak mampu bertahan 
Menjaga yang tertawan 

Pujukan manis 
Rayuan menggoda 
Berakhir dengan tangis 
Seorang mengharung duga 

Tapi hati masih merindu 
Meski tak dapat diluah 
Hanya mampu terbuku 
Di lubuk hati remuk berdarah



source: deviantart.com




Sunday, November 25, 2012

Awan Ke-9



"Boleh tak jangan kau terus sakiti hati aku lagi?"

"Ah. Apa apa saja lah. Bye."


Hujan hati berguguran. Satu persatu manik-manik perasaan itu kelihatan jatuh dari ruang mata nya. 

Perasaan. 

Mainan. Igauan. Perselisihan. 

Dia sudah tidak berdaya. Jika terus diidam bulan jatuh ke riba, jiwa bisa jadi gila.

Lalu,


"Hello, Sang Awan"

"Hello, gadis"

"Lama tidak dengar berita"

"Aku hilang bukan maksudnya tiada"

"Hiburkan lara hatiku"

"Bagaimana?"

"Terserah"

"Nyanyian?"

"Boleh juga"


Dan lara itu kian hilang demi terdengarnya tiupan bait-bait manis Sang Awan.


Jika bisa, mahu dihenti nya putaran masa. 

Badan di bumi, tapi segala yang didalamnya - hati, minda, jiwa, emosi, fikiran - ada di atas sana, di awan ke-sembilan.

Persetankan yang lain. Dia cuma mahu tinggal di atas sana. Manis, tiada pernah pahit. Indah, tiada pernah gelita. Bahagia, tiada pernah sengsara.

Cuma itu mungkin terlalu sempurna. Dan setiap yang terlalu sempurna itu hanya lah bayangan idaman jiwa yang kekeringan. Menjadikannya kosong dan sia-sia.


"Hello, gadis. Apa kau fikirkan?"

"Kesempurnaan yang tiada"

"Apa?"

"Banyak soal lah kau."

"Maaf."

"Ya. Jangan tinggalkan aku."

"Mana mungkin..."

"Jangan."

"Maaf."

"Awan..."

"Maaf."


Hilang tiupan damai.

Terjatuh dia ke alam nyata.

Dan satu persatu manik-manik perasaan itu kelihatan jatuh dari ruang mata nya. 


Sekali lagi. 


Sendiri menanti.




source: vi.sualize.us





Monday, November 5, 2012

Surat untuk Sang Matahari


Pinau mataku menahan silau.
Terjahan tiba-tiba ku belum sedia.
Bagai mengubat hati yang galau,
Silau itu menjadi cahaya.

Oh rupanya si Cinta Pertama.
Pernah kita terpisah dua.
Kini ku sesat, kau menjelma semula,
Mungkin juga bayangan kenangan lama. 

Ku ingat senyum mu, hati suam,
Hilang bulan awan pencetus muram.
Ku gapai tak tercapai, hati sejuk,
Terkenang peristiwa hati diremuk.

Ah, entah apa ku cari dari mu.
Sedang ku tahu tak mungkin bersatu.
Halangan yang tua tidak membantu.
Harap masa mengubat pilu.

Sekali lagi mungkin terbelah.
Sekali lagi mungkin kecewa.
Tapi hati tak pernah mengalah.
Dilayan juga perasaan jiwa.

Takdir telah temukan kita.
Jodoh mungkin pisahkan kita.
Permainan kejam menguji iman.
Harus tabah lulus dugaan.

Hanya doa pada Yang Esa
Moga kita semua akan bahagia
Di sini di dunia. 
Di sana di syurga. 




source: here



Senyum.

Buang tangis.

Senyum.

Masih ada yang manis.




-tamat-




p/s: secebis dirimu dalam diriku, selamanya terpahat.





Friday, November 2, 2012

Surat untuk Sang Awan


Tika diriku hilang punca 
Kau muncul dari atas sana
Jauh pergi diriku kau bawa
Jauh dari laman hati luka

Hati ini masih sangsi
Mungkin niatmu beza dari pekerti
Harap ku kau tidak sekeji
Bulan yang pergi tidak kembali

Sangsi ku palsu, wahai awan,
Kau kawan, bukan lawan,
Kata kau, "senyum lah, jangan rawan",
Luka ku hilang, hati tertawan.

Sedang ku nyaman menumpang lindung
Dikejut kenyataan membawa mendung
Yang kau bukan untuk ku bendung
Timbul rasa hampa terpaksa ku kerudung.

Ku kata, "aku harus pergi"
Kau diam, senyum tiada lagi,

Kau kata, "janganlah pergi nanti sunyi"
Aku senyum, meski hati mula sepi. 

Lalu aku pergi, hati terbelah,
Bersama tangis, bersama lelah.





Maaf.
Aku terkhilaf.


Ingin memiliki yang bukan milikku.

Ingin bersatu dengan yang berdua.


Biar matahari sinari gelap hati ini.




Surat untuk Sang Bulan


Suatu ketika dahulu,
Bicara manis disulam janji padu,
Rindu menusuk tika jauh berbatu,
Kata kau "dongak atas, bulan itu aku".

Jiwa remaja tiada wasangka,
Percaya diletak pada yang ku sangka cinta,
Rupanya pada mu sementara cuma,
Hingga dibiar aku sendiri mengutip sisa rasa.

Kerana masih percaya, masih gagah,
Ku cuba lupa makian walau hati punah,
Kerana masih sayang, masih merah,
Ku cuba lupa amarah, walau luka tetap berdarah.

Tiap kali mata terpandang,
Hati menangis, kecewa mendatang,
Harapan ku pada mu kian menghilang,
Namun, tidak akan mungkin hilang sayang. 

Tak apa lah.

Kau mahu berjaya.
Eh. Jenaka apa.
Kau sudah pun berjaya.
Dan pada setiap masa kau di atas sana
Aku kau biar jatuh ke bawah sendiri, tak apa.
Masih ada sang awan yang sudi mengangkat aku ke syurga.

Selamat tinggal, bulan.
Selamat tinggal, kenangan.
Selamat tinggal, harapan.
Hatiku sudah terkilan. 



Source: glogster

Sunday, September 30, 2012

Hati Sakit: Dari Mata Dia {#2}



Hari-hari sibuk.
Hari-hari kerja.
Hari-hari ada aktiviti.
I ni apa? Batu? Tunggul? Kayu? Kuman?


I penat tengok you penat.
I sedih tengok you sedih.
I nak you senyum.


Senyum.
Bila dengan i.
Senyum.
Bila kita berdua.


Bukan dengan mereka sahaja.
Bukan bertiga, berempat.


Atau you dah tak sayang I?
I hodoh. Buruk. Bodoh.
Tidak seperti dia, dia, dia dan dia.
Cantik macam minah Korea.
Pandai buat kerja.


Sakit hati I tengok dengan mereka you gembira.
Senyum sampai ke telinga.
Dengan I kaku.
Pergaulan seperti batu.


I cuma mahu bicara tapi dituduh bising.
I cuma mahu bermesra tapi dituduh menyesakkan.
Aku yang terluka.
Sendirian sampai bila?


Betul lah. Betul.
You dah tidak mahukan  I.
Baiklah. Rehat lah.


I akan jadi angin.
Sentiasa jadi angin.
Ada bila perlu.
Tiada bila dilupa.



Ada tapi tiada.



Jaga diri, sayang.



pic from: here














Hati Sakit: Dari Mata Dia {#1}



Apa hal perempuan ni? Penat. Letih. 
Tak faham? 

Sakit hati. Serabut otak. Stres jiwa. 
Tak faham?

Aku tak apa-apa. Cuma perlu masa bersendirian. 
Bukan air. 
Untuk apa kau nak hidang aku air? 
Air tak selesaikan apa yang aku nak selesaikan. 
Tak faham? 

Apa hal sembang bab hati aku? 

Hati aku kau punya. 
Dari hari pertama hati aku jatuh dalam mata kau, 
sampai ke hari ini, sama sahaja. 
Sudah berapa kali kau tanya. Curiga buta. 
Atau tak faham?

Dalam otak serabut fikir benda lain. Benda. 
Bukan orang. Apa lagi perempuan. 
Kau satu perempuan aku cukup. 
Kau satu pun dah bising. 
Apa lagi dua, tiga, empat. 
Tak faham?

Aku sayang kau. 
Aku tak mahu gaduh. 
Aku tak mahu bertengkar. 
Aku tahu cuma kau  satu di hati ku. 
Tiada bunga lain. 
Tiada. 
Tolonglah faham. 
Moga kau faham.

Mata kau cantik. 
Jangan cemari dengan air mata sia-sia. 
Tiada siapa sakiti hati kau 
melainkan prasangka jahat kau sendiri.

Jadi. 

Aku nak rehat.

Bukan tak peduli.

Bukan tak sayang.

Cuma tiada apa yang perlu dikecohkan.

Aku nak rehat.

Boleh?


pic from Google



Hati Sakit



"Menang?"

"Tak. Kalah. Letih ni."

"Oh. Maaf."

"Hmm."

"Nak rehat?"

"Kejap lagi je lah."

"Oh. Maaf."

"Hmm."

"Nak I buat air?"

"Tak payah. Tepi sikit. Nak lalu."

"Hati sihat?"

"Apa pulak merepek ni?"

"Tak. Hati you sihat?"

"Pape je la."

"Dalam hati ada bunga lain?"

"Ish. Bising betul."

"I? Dia? Berapa lama?"

"Hmm. Sudahlah. Letih ni."

"Hmm."



from here :) 









HUJAN

Bila hujan

Rasa sunyi

Rasa sepi

Rasa sendu

Rasa sedih


Bila hujan

Bising luar

Damai dalam

Hati gusar

Harus pendam


Bila hujan

Rindu amat

Pada yang tiada

Pada yang jauh

Pada yang hilang

Pada si dia dan dia


Bila hujan

Tangis tawa terburai

Emosi

Indah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...